Synergy
View site in English View site in Chinese View site in Malaysian

SYNERGYLIVING.COM.AU


Hermitage Homes

Hermitage Homes

Hermitage Homes telah membina banyak kediaman berkualiti untuk keluarga bahagia di Victoria semenjak 1997. Jenama Hermitage didasarkan kepada empat asas utama iaitu rekabentuk yang berjaya, perkhidmatan unggul, perhatian kepada kesempurnaan dan nilai yang tinggi. Empat asas utama ini yang disokong oleh gubahan kediaman moden telah memperlihatkan Hermitage Homes berkembang pesat menjadi salah satu syarikat pembinaan yang pesat berkembang di Australia.


TRC Synergy

TRC Synergy

Syarikat kumpulan TRC Synergy memiliki 450 tenaga kerja yang mana 15% daripadanya dari kalangan separuh professional dan professional. TRC Synergy bukan hanya punyai kebolehan untuk menjalankan projek biasa seperti pembinaan jalanraya dan bangunan tetapi ia juga berkebolehan di dalam membina kerja-kerja berkepakaran tinggi seperti lapangan terbang, landasan keretapi, stadium, hospital dan pembangunan bertanah berskala besar.


Springridge

Springridge

Dengan jarak yang begitu dekat dengan Melbourne dan dengan hanya mengambil masa 15minit perjalanan dari Craigieburn, Springridge semestinya merupakan lokasi yang sesuai untuk bebas dari kesibukan kota tetapi tetap tidak terpisah daripadanya. Terletak di sebelah Lebuhraya Utara dengan dihubungkan oleh kedua-dua Hume hwy dan Ring Roads, Springridge lebuhraya hanya mengambil masa perjalanan 45minit dari Melbourne CBD. Kedudukan Springridge memberikan anda kebaikan kedua-dua dunia; kehidupan pedalaman Victoria di samping dapat menikmati kehidupan kota.